27 ribu pelajar turun mengundi pilihan raya kampus UPM 2013
(Kempen dibenarkan 4 hari)
SERDANG – Seramai 26,990 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang
layak mengundi akan memilih 45 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada
Pemilihan MPP UPM, 28 November, 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 2013, Prof. Dr. Mohd Shatar
Sabran berkata ahli MPP yang bakal dipilih itu terdiri daripada 11 calon
kawasan umum dan 34 calon kawasan fakulti. Penamaan calon akan dibuat
pada 20 November, 2013 sebelum kempen dibenarkan dari 24 hingga 27
November.
“Sesi pembuangan undi di 6 lokasi bermula pada pukul
9.00 pagi hingga 4.00 petang di Kampus Serdang dan Kampus Bintulu,
Sarawak menggunakan sistem e-undi melalui komputer.
“Keputusan
akan diumumkan pada hari yang sama, diikuti sesi bantahan terhadap
keputusan pada 29 November, keputusan bantahan pada 30 November, rayuan
terhadap keputusan bantahan pada 30 November, keputusan rayuan pada 2
Disember sebelum pengisytiharan rasmi calon yang berjaya pada 3
Disember,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni berkata calon yang berjaya akan diisytiharkan
secara rasmi melalui Papan Notis Rasmi Universiti (Kolej 13 dan Kolej
Sri Rajang) dan tempat lain sekitar Universiti yang mudah dilihat.
Pelaksanaan keseluruhan proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar
adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Universiti Putra Malaysia
(Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar) 2011. Calon yang berjaya di dalam
Pemilihan MPP akan membentuk MPP 2013/14.
Tarikh penting:
• Penyiaran notis Pemilihan MPP 2013 – 4 Nov
• Pendaftaran Penamaan Calon – 18 Nov
• Penamaan Calon – 20 Nov
• Pengumuman Calon yang layak – 21 Nov
• Kursus Persediaan Calon yang layak bertanding dan kempen bermula – 24 Nov
• Kempen berakhir 12.01 pagi, 28 Nov
• Hari Pengundian – 28 Nov (9 pagi hingga 4 petang)
• Penjumlahan Undi – 28 Nov (5.30 petang hingga selesai)
• Keputusan Penjumlahan Undi – 28 Nov (selepas selesai penjumlahan)
• Bantahan keputusan, keputusan bantahan, rayuan keputusan bantahan dan keputusan rayuan – 29 Nov – 2 Disember
• Pengisytiharan rasmi – 3 Disember
No comments:
Post a Comment