Menjelang 29
Oktober, berakhirlah segala kemuncak Pesta Konvokesyen UPM 2013. Sekarang
tibalah masanya permulaan bagi Pilihan Raya Kampus (PRK) dan kepada semua calon
yang bakal bertanding diucapkan selamat maju jaya. Dalam aspek pemilihan calon
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mahasiswa seharusnya peka dengan situasi
persekitaran universiti masa kini dalam membuat pemilihan calon yang
benar-benar berkelayakan agar UPM terus maju setanding ipta lain di Malaysia.
Jika kita sedar
pada hari ini, masih ada segelintir pelajar yang menganggap PRK hanyalah suatu
isu yang remeh. Maka mereka tidak
berminat untuk mengetahui dan mengambil tahu hal-hal yang dikatakan politik
dalam kampus. Naik turun, jatuh rebah siapa pun biarlah, itu tidak
memberi kesan apa-apa kepada mereka. Hadirnya mereka ke universiti hanya untuk
mendapatkan pencapaian akademik terbaik, dengan mengenepikan segala perihal
berkaitan seperti PRK. PRK dimulakan dengan pengumuman tarikh penamaan calon
dan mengundi, kemudian kehadiran jentera yang berusaha menarik pelajar untuk
mengundi dan memenangkan calon pilihan mereka. Ada yang diupah ada juga yang membuat kerja
amal menyokong rakan sekuliah. Jentera ini berterusan menyebarkan risalah yang
mengandungi manifesto calon, sebagai cara untuk menarik perhatian. Tidak cukup
itu, calon sendiri turun padang
bagi meraih undian. Perkara ini hanya dipandang sebelah mata oleh mahasiswa
yang nyata kurang berminat.
PRK sebenarnya
merupakan satu medan
demokrasi yang unggul untuk mendedahkan kepada mahasiswa erti pilihanraya.
Prosuder pilihanraya kampus, adalah sama dengan pilihanraya umum. Ini
seterusnya dapat diadaptasikan oleh mahasiswa apabila keluar dari menara gading
kelak. Jika kita sedar ramai pemimpin negara yang pada asalnya diasuh sebagai
pemimpin pelajar. Ini bukanlah suatu medan
untuk meluaskan kuasa, membalas dendam tetapi ini adalah suatu kaedah terbaik dalam
pemilihan kepimpinan.
Oleh itu,
mahasiswa harus sedar akan kepentingannya dan kesan kepada universiti pada masa
akan datang. Dengan ini penulis menyeru kepada semua warga mahasiswa, untuk
sama-sama memberi sokongan dalam pengundian calon yang bakal meneruskan visi
dan misi universiti.
PENGUMUMAN: UPM telah mengeluarkan notis pemilihan MPP berkuatkuasa pada 4/11/2013 (ISNIN).
No comments:
Post a Comment