Friday, 22 November 2013

SENARAI CALON LAYAK BERTANDING MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

Tahniah kepada semua calon yang dipertandingkan dan yang telah menang tanpa bertanding :) Semoga semua mahasiswa dapat memilih calon yang tepat dan berdedikasi demi kesejahteraan Universiti Putra Malaysia !
[PRK UPM 2013]

Jam 4 petang tadi dikeluarkan senarai bagi calon-calon yang layak bertanding pada pemilihan MPP bagi sesi 2013/2014.

SENARAI CALON-CALON YANG LAYAK BERTANDING BAGI KERUSI UMUM

Abdul Aziz Bin Othman
Anwarrul Aswad Bin Ahmad
Chong Jing Han
Chung Wand Chih...
Fang Yi Xue
Hafizah Binti Mohd Zaini
Hafizuddin Fikri Bin Abu Bakar Sidek
Kevin Ong Yong Zhi
Luqman Bin Abd Hamid
Marni Binti Kasim
Mohamad Farid Bin Sapari
Mohd Bakhtiar Bin Badrol Hisham
Mohd Ihsan Mustapha Bin Abdul Aziz
Mohd Zul Fadzli Bin Alias
Muhammad Haikal Bin Shariff
Muhammad Idris Bin Po’at
Muhammad Syafiq Bin Ramli
Naimah Binti Md Akbal
Ng Lee Sun
Norfadilah Binti Jalal
Nur Amiera Binti Ros Selan
Nur Azyyati Binti Abdul Rahman
Nurul Hidaya Binti Mohd Kamil
Ong Jing Min
Rosyidah Binti Yahya
Rozaime Bin Che Embi
Saw Cheong Yau
Shahrin Bin Salamat
Shamsul Arifie Bin Shamsul Baharin
Siti Suhaiba Binti Mastor
Suriana Binti Lasaraiya
Tan Bee Fen
Yong Meng Kuen
Zakiah Binti Adun

SENARI CALON-CALON YANG LAYAK BERTANDING BAGI KERUSI FAKULTI

FAKULTI REKA BENTUK & SENIBINA

Ibun Muhammad Harith Ibad Zaini
Mohd Amir Ridha Bin Mohd Yusof
Muzaffar Bin Mohd Zafri
Syed Ahmeed Fadzlyzam Bin Syed Zin

FAKULTI PERUBATAN & SAINS KESIHATAN

Ahmad Fahmi Bin Yusoff
Airin Binti Zakaria
Chan Kai Sze
Tan Poh Keong

FAKULTI SAINS KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLUMAT
(Menang Tanpa Bertanding)

Ahmad Adib Zamir Bin Mohd Zamri
Lee Choon Lim

FAKULTI SAINS
Che Amey Adilah Bt Che Mokhtar
Mohd Fauzul Aidil B Mohd Roseli
Muhammad Zaharul Asyraf Bin Zaharin
Siti Zaleha Binti Osman

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI MAKANAN
(Menang Tanpa Bertanding)

Aina Amirah Binti Ramli
Tan Eng Leong

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

Fadilah Rusaida Bt Abdul Khalid
Mohamad Fathi Bin Abdul Rahman
Mohd Ikmal Hilmi Bin Zulkifli
Muhammad Irfan Bin Hassan

FAKULTI BAHASA MODEN & KOMUNIKASI
(Menang Tanpa Bertanding)

Mohd Fuad Bin Ramlan
Muhammad Fitri Bin Abdul Mutallib
FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN

Abdul Hadi Bin Zaini
Foo Wan Sam
Mohd Syazwan Bin Izam
Muhammad Syukran Bin Mohd Rosli
Nur Aqilah Binti Haji Mohamed Niza

FAKULTI KEJURUTERAAN

Ahmad Mustafa Bin Rayney Azmi
Mohd Hafez Bin Mohd Khalid
Nazratul Putri Binti Risyon
Zainab Awatif Binti Omar
Nurul Ain Binti Mohd Haridan

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

Abdul Malek Bin Azid
Mihammad Ammar Asma’i Bin Hamid
Nor Amira Binti Minhat
Nurul Amanina Binti Arazman
Nurul Nabilah Binti Azman
Sayang Syamira Binti Sobri

FAKULTI PERTANIAN

Nur Sakinah Binti Lokman
Husna Mastura Binti Halim
Mohamad Naif Hariz Bin Hanafi

FAKULTI PERHUTANAN

Khairunnisa Binti Azman
Hasan Bin Mohamed Zakaria
Muhammad Hanif Bin Ramlan

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

Asiyah Abidah Binti Ahmad Shah
Muhammad Saiful Azri Bin Roslee
See Toh Yong Nin
Teoh Yong Bin

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL

Nur Atiqah Binti Osman
Muhamad Amin Bin Jahari
Syukriyah Binti Mat Daud
Umi Umairah Binti Mohd Hanafi

FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR

Muhammad Farhan Bin Abdul Rahman
Tahirah Banu Bt Mohamed Arif
Zharif Asyraf Bin Rashid

FAKULTI SAINS PERTANIAN & MAKANAN, UPM Bintulu
(Menang Tanpa Bertanding)

Mohamad Ameerul Bin Ishak
Rusydi Abdul Hafiz Bin Rozaini

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
(Menang Tanpa Bertanding)

Mohd. Fauzi B Fadzil
Nur Fatiha Binti Ahmad Daud

4 Percalonan ditolak atas sebab tidak mengikut Tatacara pemilihan.
 
Credit to : Harian Putra

Tuesday, 12 November 2013

PILIHAN RAYA KAMPUS UPM

27 ribu pelajar turun mengundi pilihan raya kampus UPM 2013
(Kempen dibenarkan 4 hari)

SERDANG – Seramai 26,990 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang layak mengundi akan memilih 45 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada Pemilihan MPP UPM, 28 November, 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 2013, Prof. Dr. Mohd Shatar Sabran berkata ahli MPP yang bakal dipilih itu terdiri daripada 11 calon kawasan umum dan 34 calon kawasan fakulti. Penamaan calon akan dibuat pada 20 November, 2013 sebelum kempen dibenarkan dari 24 hingga 27 November.

“Sesi pembuangan undi di 6 lokasi bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Kampus Serdang dan Kampus Bintulu, Sarawak menggunakan sistem e-undi melalui komputer.

“Keputusan akan diumumkan pada hari yang sama, diikuti sesi bantahan terhadap keputusan pada 29 November, keputusan bantahan pada 30 November, rayuan terhadap keputusan bantahan pada 30 November, keputusan rayuan pada 2 Disember sebelum pengisytiharan rasmi calon yang berjaya pada 3 Disember,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni berkata calon yang berjaya akan diisytiharkan secara rasmi melalui Papan Notis Rasmi Universiti (Kolej 13 dan Kolej Sri Rajang) dan tempat lain sekitar Universiti yang mudah dilihat.

Pelaksanaan keseluruhan proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Universiti Putra Malaysia (Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar) 2011. Calon yang berjaya di dalam Pemilihan MPP akan membentuk MPP 2013/14.

Tarikh penting:
• Penyiaran notis Pemilihan MPP 2013 – 4 Nov
• Pendaftaran Penamaan Calon – 18 Nov
• Penamaan Calon – 20 Nov
• Pengumuman Calon yang layak – 21 Nov
• Kursus Persediaan Calon yang layak bertanding dan kempen bermula – 24 Nov
• Kempen berakhir 12.01 pagi, 28 Nov
• Hari Pengundian – 28 Nov (9 pagi hingga 4 petang)
• Penjumlahan Undi – 28 Nov (5.30 petang hingga selesai)
• Keputusan Penjumlahan Undi – 28 Nov (selepas selesai penjumlahan)
• Bantahan keputusan, keputusan bantahan, rayuan keputusan bantahan dan keputusan rayuan – 29 Nov – 2 Disember
• Pengisytiharan rasmi – 3 Disember


 

Tuesday, 5 November 2013

Pilihan Raya Kampus . Adakah anda peduli ?



Menjelang 29 Oktober, berakhirlah segala kemuncak Pesta Konvokesyen UPM 2013. Sekarang tibalah masanya permulaan bagi Pilihan Raya Kampus (PRK) dan kepada semua calon yang bakal bertanding diucapkan selamat maju jaya. Dalam aspek pemilihan calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mahasiswa seharusnya peka dengan situasi persekitaran universiti masa kini dalam membuat pemilihan calon yang benar-benar berkelayakan agar UPM terus maju setanding ipta lain di Malaysia.

Jika kita sedar pada hari ini, masih ada segelintir pelajar yang menganggap PRK hanyalah suatu isu yang remeh. Maka mereka tidak berminat untuk mengetahui dan mengambil tahu hal-hal yang dikatakan politik dalam kampus. Naik turun, jatuh rebah siapa pun biarlah, itu tidak memberi kesan apa-apa kepada mereka. Hadirnya mereka ke universiti hanya untuk mendapatkan pencapaian akademik terbaik, dengan mengenepikan segala perihal berkaitan seperti PRK. PRK dimulakan dengan pengumuman tarikh penamaan calon dan mengundi, kemudian kehadiran jentera yang berusaha menarik pelajar untuk mengundi dan memenangkan calon pilihan mereka. Ada yang diupah ada juga yang membuat kerja amal menyokong rakan sekuliah. Jentera ini berterusan menyebarkan risalah yang mengandungi manifesto calon, sebagai cara untuk menarik perhatian. Tidak cukup itu, calon sendiri turun padang bagi meraih undian. Perkara ini hanya dipandang sebelah mata oleh mahasiswa yang nyata kurang berminat.


PRK sebenarnya merupakan satu medan demokrasi yang unggul untuk mendedahkan kepada mahasiswa erti pilihanraya. Prosuder pilihanraya kampus, adalah sama dengan pilihanraya umum. Ini seterusnya dapat diadaptasikan oleh mahasiswa apabila keluar dari menara gading kelak. Jika kita sedar ramai pemimpin negara yang pada asalnya diasuh sebagai pemimpin pelajar. Ini bukanlah suatu medan untuk meluaskan kuasa, membalas dendam tetapi ini adalah suatu kaedah terbaik dalam pemilihan kepimpinan.

Oleh itu, mahasiswa harus sedar akan kepentingannya dan kesan kepada universiti pada masa akan datang. Dengan ini penulis menyeru kepada semua warga mahasiswa, untuk sama-sama memberi sokongan dalam pengundian calon yang bakal meneruskan visi dan misi universiti. 

PENGUMUMAN: UPM telah mengeluarkan notis pemilihan MPP berkuatkuasa pada 4/11/2013 (ISNIN).

Thursday, 24 October 2013

PROGRAM VAKSINASI HPV SEMPENA PESTA KONVOKESYEN UPM


EKSPO PERTANIAN PESTA KONVOKESYEN UPM 2013

JEMPUTAN KE EKSPO PERTANIAN DAN PESTA KONVOKESYEN UPM KE-37 TAHUN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM ke-37 pada 25 – 30 Oktober 2013 di Bukit Ekspo, Taman Pertanian Universiti, UPM bermula jam 10.00 pagi – 10.00 malam bersempena Majlis Konvokesyen UPM kali ke-37.

pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen tersebut antaranya ialah Pameran Pendidikan dan Kerjaya, pelbagai gerai jualan termasuk gerai jualan hasil pertanian, Pameran Produk Penyelidikan & Pembangunan (R&D), Jualan Orkid, Pertandingan Paintball, Pertandingan Fotografi, Pertandingan Futsal, Pertandingan Memancing, Mountain Bike Challenge, Mini Explorace, Sukan Rakyat, Aktiviti Menunggang Kuda, Acara Berkayak dan Rekreasi, Acara Lelongan Anak Kuda dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat juga Pameran Akademik oleh Fakulti dan Institut di UPM yang menawarkan program pengajian yang bersesuaian dengan pelajar.

Semua Dijemput Hadir!!


credit by: UniPutraMalaysia