Thursday, 24 October 2013

PROGRAM VAKSINASI HPV SEMPENA PESTA KONVOKESYEN UPM


EKSPO PERTANIAN PESTA KONVOKESYEN UPM 2013

JEMPUTAN KE EKSPO PERTANIAN DAN PESTA KONVOKESYEN UPM KE-37 TAHUN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM ke-37 pada 25 – 30 Oktober 2013 di Bukit Ekspo, Taman Pertanian Universiti, UPM bermula jam 10.00 pagi – 10.00 malam bersempena Majlis Konvokesyen UPM kali ke-37.

pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen tersebut antaranya ialah Pameran Pendidikan dan Kerjaya, pelbagai gerai jualan termasuk gerai jualan hasil pertanian, Pameran Produk Penyelidikan & Pembangunan (R&D), Jualan Orkid, Pertandingan Paintball, Pertandingan Fotografi, Pertandingan Futsal, Pertandingan Memancing, Mountain Bike Challenge, Mini Explorace, Sukan Rakyat, Aktiviti Menunggang Kuda, Acara Berkayak dan Rekreasi, Acara Lelongan Anak Kuda dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat juga Pameran Akademik oleh Fakulti dan Institut di UPM yang menawarkan program pengajian yang bersesuaian dengan pelajar.

Semua Dijemput Hadir!!


credit by: UniPutraMalaysia